All Things To Do di Bandung, Indonesia
Setelah sekian lama, akhirnya saya diberi kelapangan masa utk menyambung penulisan dan perkongsian tips untuk anda ketika di Bandung. Saya akan kelaskan kepada beberapa kategori seperti dibawah:
1) Sight/Permandangan Menarik di Bandung dan Tips
2) Shopping di Bandung dan Tips
3) Berbuat baik di Bandung dan Tips
4) etc..
SIGHT DI BANDUNG DAN TIPS
Di bandung dan kawasan sekitar bandar bandung terdapat permandangan yang menarik untuk dinikmati. Antara yang terkenal adalah GUNUNG TANGKUBAN PERAHU. Nama gunung ini diambil sempena rupa bentuk gunung tersebut yang seolah-olah seperti kapal yang terbalik/tertangkub. Lokasi gunung ini terletak tidak jauh di luar bandar bandung, dan mengambil masa lebih kurang 45min dengan menggunakan kereta. Oh ya, saya terlupa untuk nyatakan jenis pengangkutan yang terdapat di sekitar bandung. Saya akan kongsikan bersama anda untuk memudahkan logistik anda ketika di Bandung selepas tips ini. Setibanya anda di kaki gunung ini, jika anda menaiki bas, bas akan parkir di tempat yang dikhaskan. Bermakna untuk ke puncak gunung, anda perlu ambil teksi. Kos teksi dari kaki gunung ke puncak saya tidak tahu,kerana tidak pernah mencubanya.. Tetapi jika anda menaiki kereta, pemandu akan terus bawa ke puncak gunung. Untuk masuk ke kawasan gunung ini akan dikenakan bayaran. Tetapi apa yang kurang menyenangkan, harga tiket adalah TIDAK TETAP. Bermakna anda mungkin akan di kenakan bayaran yg lebih mahal drpd biasa kerana org luar. Saya pernah dikenakan charge RP 120000 utk 3 org semasa lawatan pertama ke Bandung bersama rakan. Tetapi pada lawatan kali ke2, saya hanya dikenakan charge RP 30000 untuk 10 org. Ini kerana saya sudah diberitahu oleh pemandu kami, untuk nyatakan kami orang dari daerah lain di indonesia kepada juruwang..
TIPS: Harga tiket ke tangkuban perahu berbeza-beza dah tiada tiket.Jadi anda digalakkan berbincang/pakat dengan pemandu untuk cuba dptkan harga yang berpatutan..seperti RP 3000 ~RP 5000 sahaja sebelum sampai di pintu masuk gunung.
Akan bersambung... Sila lawati lagi :-)



Reply With Quote


Bookmarks